Hubungi KamiCetak Laman Ini

 

Language : English I Bahasa Malaysia


Profile Syarikat

Falsafah Syarikat

Komitment Syarikat
   


Profile Syarikat

YBhg Professor Dato' Dr. Hassan Yaakob menubuhkan Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd, seorang penyelidik dari Universiti Malaya yang bertukar menjadi seorang usahawan. Beliau adalah pemegang PhD di dalam Clinical Pharmacology dari Royal College of Surgeons of England, London dan seorang Pakar Penyelidik yang terkenal di Malaysia. Beliau adalah Pengerusi Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif kepada Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd.

Mengenai HOUSE OF HEALIN
Kumpulan Eastern Biotech Resources Sdn. Bhd. (EBRSB) mengorak langkah ke dalam dunia perniagaan pada tahun 1996 selepas beberapa tahun penyelidikan saintifik mengenai hidupan laut melalui beribu-ribu eksperimen ke atas subjek Asia dan bukan Asia dijalankan.

Penyelidikan tersebut diterajui oleh YBhg Professor Dato' Dr. Hassan Yaakob yang merupakan seorang ahli akademik, saintis dan ahli perniagaan. Penyelidikan ini pada awalnya dijalankan di Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan di Universiti Malaya. Penyelidikan ini kemudiannya diteruskan dengan usahasama sekumpulan saintis di Universiti Toyama & Fukuoka, Jepun pada tahun 1995 hingga 1996.

EBRSB merupakan peneraju dalam bidang kecantikan dan kesihatan yang berasaskan hidupan laut. Kami di EBRSB amat komited terhadap penyelidikan, penghasilan dan pengeluaran produk penjagaan kulit dan kosmetik yang berasaskan penyelidikan bioteknologi bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.

Kami memberi penekanan kepada suplemen kesihatan yang berasaskan tulenan Gamodulin dan 'Advanced Skin Care Technology (AG2000)'.

EBRSB bersedia untuk menjadi syarikat terunggul untuk memasarkan produk berasaskan marin di bawah jenama HEALIN dan AG2000 di Malaysia melalui rangkaian pengedaran yang luas yang dikenali sebagai HOUSE OF HEALIN yang juga bertindak sebagai platform pemasaran bagi meningkatkan kesedaran terhadap produk kami.

Penganugerahan Yang DiTerima

Best Halal Scientist Award 2011

Mengapa HOUSE OF HEALIN?
Francais HOUSE OF HEALIN menawarkan peluang perniagaan yang kukuh untuk para francaisi dan bakal francaisi yang mahukan peluang pelaburan dan perniagaan yang lumayan
Peneraju dalam bidang Kesihatan dan Kecantikan bagi produk berasaskan penyelidikan dan bioteknologi terkini
Jenama kukuh yang mempunyai pelanggan setia
Pengembangan produk, Kualiti melalui Penyelidikan
Pengiklanan dan promosi
Latihan serta sokongan dalam membangunkan perniagaan
Sokongan yang konsisten

 

 

 

Copyright © 2011 Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd. All rights reserved. Best Viewed : 1024x768 pix IE 6, Netscape 7.1